Cari:
Thailand, Filipina Komited Dorong Penyelesaian Rangka CoC
2017-03-22 14:44:29 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha mengadakan rundingan dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Bangkok semalam.

Kedua-dua pihak menegaskan keperluan melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) secara menyeluruh dan berkesan, di samping komited untuk mendorong rangka kerja Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) diselesaikan pada tahun ini.

Duterte, dalam sidang media bersama selepas rundingan itu berkata, pelbagai negara perlu menghormati kebebasan pelayaran dan penerbangan di kawasan perairan Laut China Selatan.

Perkara tersebut merupakan syarat asas bagi menjamin pembangunan di rantau ini.

Menurut Prayut pula, usaha untuk menjadikan Laut China Selatan sebagai kawasan perairan yang damai, stabil dan mampan merupakan matlamat utama pelbagai negara.

Hanya dengan cara tersebut rakyat dapat menikmati pelbagai manfaat.

Selain itu, kedua-dua pemimpin juga berpendapat, Thailand dan Filipina perlu berdepan dengan isu keganasan dan jenayah rentas sempadan seperti pengedaran dadah dan pemerdagangan manusia serta keselamatan ruang siber.

Kedua-dua pihak akan mengukuhkan perkongsian maklumat, di samping mendorong perjanjian kerjasama memerangi pengedaran dadah dimuktamadkan.

Kedua-dua pihak juga berjanji untuk memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pelaburan melalui mekanisme suruhanjaya perdagangan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China