Cari:
Duta China ke Malaysia Tinjau Projek Kerjasama
2017-03-22 14:45:31 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Malaysia telah mengadakan tinjauan di beberapa projek utama kerjasama China-Malaysia di Malaysia pada 9 hingga 17 Mac lalu.

Projek kerjasama tersebut melibatkan pembinaan pelabuhan, industri tekstil, kaca, sumber tenaga, keluli, harta tanah, dan lain-lain.

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang berkata, kerjasama China-Malaysia akan menguntungkan kedua-dua negara dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Pelaburan syarikat China di Malaysia telah mencipta banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, di samping membantu Malaysia dalam menjayakan transformasi ekonomi.

Tegas beliau, kedua-dua pihak perlu berusaha membina komuniti berkongsi nasib demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China