Cari:
Polis Thailand Siasat Cubaan Bunuh Prayut
2017-03-22 14:46:16 CRI Cetak

Pihak polis Thailand berjaya membongkar komplot yang dirancang kumpulan antikerajaan untuk membunuh Perdana Menteri Prayut Chan-ocha, selepas merampas sejumlah besar senjata api di kediaman pemimpin kumpulan Baju Merah, Wuthipong Kochathamakun kelmarin.

Seorang jurucakap pihak polis berkata, melalui siasatan, mereka mempunyai bukti kukuh yang membuktikan bahawa kumpulan itu merancang untuk menggunakan senjata api tersebut bagi mencetuskan sabotaj, selain membunuh pemimpin negara.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, siasatan pihak polis menunjukkan bahawa senjata tersebut adalah milik gerakan Baju Merah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China