Cari:
Singapura Tubuh Panel Kerja Negara Pintar
2017-03-22 12:22:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Singapura bakal menubuhkan panel kerja bagi menguruskan program Negara Pintar dan Kerajaan Digital pada 1 Mei depan.

Agensi berkenaan yang diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura itu komited untuk menggerakkan pelaksanaan program Negara Pintar Singapura pada masa depan.

Demikian diumumkan PMO Singapura pada 20 Mac lalu.

Negara Pintar dan Kerajaan Digital bertanggungjawab untuk menambah baik kehidupan rakyat melalui penggunaan teknologi digital dan pintar, mengeratkan kerjasama antara institusi berkenaan, syarikat dan pelbagai lapisan masyarakat, memperluas platform teknologi pintar, menggalakkan inovasi syarikat serta menggalakkan pembinaan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kerajaan, selain memperkasakan transformasi digital sektor awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China