Cari:
Tiga Suspek Kes Bunuh Warga China Ditahan
2017-03-22 13:47:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut Biro Keselamatan Awam Daerah Autonomi Xishuangbanna, provinsi Yunnan, China, pihak polis China dan Myanmar telah berjaya menyelesaikan kes pembunuhan enam warga China di Myanmar.

Tiga suspek yang terlibat telah ditangkap oleh pihak polis.

Yang, warganegara China yang berasal dari provinsi Jiangxi serta lima anggota keluarganya telah dibunuh di Little Mongla, timur negeri Shan, Myanmar pada 17 Mac lalu.

Selepas kes tersebut dilaporkan, polis Xishuangbanna dan polis Little Mongla, Shan segera menjalankan siasatan berhubung dengan kes tersebut.

Menurut hasil siasatan, kes berkenaan merupakan kes rompakan dan pembunuhan selepas melakukan pecah rumah.

Kes tersebut dilaporkan masih dalam siasatan lanjut pada ketika ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China