Cari:
Pusat Penyelidikan Pertukaran Kebudayaan China-Indonesia Ditubuhkan
2017-03-23 16:19:27 CRI Cetak

Majlis perasmian Pusat Penyelidikan Pertukaran Kebudayaan China-Indonesia sempena Simposium Kumpulan Pemikir dan Pertukaran Kebudayaan telah diadakan di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) semalam.

Duta Besar Indonesia ke China, Soegeng Rahardjo, Naib Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Pendidikan China Yu Jihai dan Presiden BFSU, Peng Long turut menghadiri majlis tersebut.

Peng Long berkata, kerjasama antara China dengan Indonesia dalam bidang pendidikan, ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sosiobudaya kian erat.

Penubuhan pusat berkenaan merupakan usaha penting BFSU untuk mewujudkan kumpulan pemikir yang akan berkhidmat bagi pembangunan negara.

Duta Besar Indonesia ke China, Soegeng Rahardjo pula berkata, penubuhan pusat itu akan menggalakkan interaksi dalam bidang pendidikan dan kebudayaan, sekali gus meningkatkan persefahaman rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China