Cari:
Vietnam, Singapura Giat Sertai Inisiatif Kerjasama Serantau
2017-03-24 14:26:39 CRI Cetak

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc ditemui rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Hanoi semalam.

Kedua-dua pihak bersepakat untuk terus menyertai pelbagai inisiatif kerjasama serantau seperti perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Komuniti Ekonomi Asia Tenggara serta Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik.

Dalam sidang media selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin menyifatkan hubungan ekonomi yang sedia terjalin antara Vietnam dan Singapura sebagai asas kukuh bagi perkongsian strategik kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkasakan pertukaran maklumat dan pengalaman dalam usaha memerangi keganasan dan jenayah rentas sempadan serta menjaga keselamatan ruang siber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China