Cari:
Negara-negara di Pesisir LCS Disaran Bentuk Mekanisme Kerjasama
2017-03-26 15:22:10 CRI Cetak

Negara-negara di pesisir Laut China Selatan (LCS) disarankan supaya membentuk mekanisme kerjasama bagi meningkatkan kesalingpercayaan dan kerjasama yang saling menguntungkan.

Saranan itu dikemukakan oleh Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin ketika berucap dalam simposium mengenai LCS, sempena sidang tahunan 2017 Forum Asia Boao di Hainan, China semalam.

Liu dalam ucaptamanya berkata, negara-negara di pesisir Laut China Selatan boleh menjalankan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang termasuk usaha menangani dan mengurangkan bencana, mencari dan menyelamat di laut, melindungi alam sekitar dan biodiversiti marin, menjamin keselamatan pelayaran serta penyelidikan saintifik.

Kata beliau, kerjasama itu tidak akan menjejaskan penyelesaian pertikaian berkenaan melalui rundingan secara langsung antara negara-negara terbabit.

China bersedia meningkatkan sinergi dengan pelbagai pihak dalam membentuk mekansime kerjasama, di samping mengalu-alukan cadangan dan usul daripada negara serantau dalam hal ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China