Cari:
Ekspo Pendidikan Vokasional dan Pengajian Tinggi China Diadakan di Laos
2017-03-27 15:59:09 CRI Cetak

Ekspo Pendidikan Vokasional dan Pengajian Tinggi China telah diadakan di Sekolah Cina Liaodu di Vientiane, Laos baru-baru ini.

Ekspo itu telah menarik kehadiran pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Sukan Laos serta tokoh-tokoh daripada bidang pendidikan dan kebudayaan Laos.

Ketika menyampaikan ucapan dalam ekspo itu, Naib Menteri Pendidikan dan Sukan Laos, Khamphay Sisavanh melahirkan harapan agar ekspo yang diadakan selama tiga hari itu dapat menyediakan lebih banyak maklumat tentang institusi pengajian tinggi di China kepada masyarakat tempatan, khususnya pihak sekolah dan ibu bapa pelajar.

  

Difahamkan, ekspo yang diadakan pada tahun lepas telah berjaya menyediakan peluang kepada 110 pelajar Laos untuk melanjutkan pelajaran di pelbagai institusi pengajian tinggi di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China