Cari:
China Diharap Berperanan dalam Memacu Ekonomi Global
2017-03-27 16:00:01 CRI Cetak

Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) bakal diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 Mei nanti.

Duta Besar Vietnam ke China, Dang Minh Khoi dalam satu sesi temu bual dengan wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) di Beijing semalam berkata, para pemimpin pelbagai negara yang menyertai forum kemuncak itu diharapkan mengadakan perbincangan yang berfokuskan hala tuju ekonomi global.

Dalam pada itu, China juga diharap akan memainkan peranan yang lebih proaktif dan konstruktif dalam memacu ekonomi serantau dan dunia.

Menurut beliau, inisiatif "Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21"(B&R) yang dikemukakan oleh China pada tahun 2013 telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai negara.

Vietnam adalah antara negara yang paling awal memberikan respons dan menyertai inisiatif tersebut.

Tambah beliau, Vietnam dan China mempunyai banyak persamaan dalam proses pembangunan.

Usaha meningkatkan sinergi antara satu sama lain amat berfaedah kepada kedua-dua negara, khususnya dalam menangani pelbagai cabaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China