Cari:
Penerbangan Haikou-Pulau Pinang-Kuala Lumpur Beroperasi
2017-03-29 11:15:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Penerbangan pertama dari Haikou-Pulau Pinang-Kuala Lumpur telah mula beroperasi pada 28 Mac lalu.

Laluan penerbangan tersebut adalah usaha sama antara Syarikat Perkhidmatan Penerbangan Bersama Hainan China dengan Malindo Air.

Dimaklumkan, penerbangan Haikou-Pulau Pinang-Kuala Lumpur akan beroperasi dua kali seminggu.

Pesawat OD620 yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.00 pagi akan singgah di Pulau Pinang, dan dijangka tiba di Haikou pada pukul 10.55 pagi.

Selepas penerbangan itu dibuka, Haikou turut mempunyai 12 laluan penerbangan langsung ke rantau Asia Tenggara yang melibatkan Malaysia, Thailand, Kemboja, Myanmar, Singapura, Laos dan Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China