Cari:
2 Projek Infrastruktur ODA Filipina Dapat Sokongan Keutamaan China
2017-04-02 15:25:21 CRI Cetak

Menurut pegawai dari Lembaga Perkembangan Ekonomi Filipina (NEDA) baru-baru ini, dengan mengambil kira Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) yang terkenal dengan kosnya yang sesuai dan masanya yang pendek, projek pengairan Empangan Sungai Chico, projek Empangan Punca Air Abad Baharu dan projek landasan kereta api Selatan-Utara akan didorong dengan kaedah ODA. Dua projek empangan tersebut sudahpun tercatat dalam senarai projek sokongan keutamaan China.

Ketua NEDA, Ernesto M. Pernia menyatakan, penggunaan kaedah ODA dipercayai dapat mengurangkan tekanan modal kerajaan, manakala ODA dari China dilihat amat mudah lagi cepat, dan akan menyumbang dalam mengurangkan beban usahawan swasta dan kalangan pengguna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China