Cari:
Kemboja akan Kena Cukai Berat Terhadap Tanah Terbiar
2017-04-03 14:03:22 CRI Cetak

Kementerian Pertanian Kemboja semalam mencadangkan kerajaan supaya mengenakan cukai berat terhadap tanah terbiar, mereka yang didapati melanggar peraturan berkenaan akan dituduh di mahkamah. Ini bagi mengetatkan pengurusan terhadap tanah terbiar.

Menurut pegawai Kementerian Pertanian Kemboja, tanah seluas 5 hektar ke atas yang terbiar selama tiga tahun akan dikena cukai. Jika pemilik tanah didapati melanggar peraturan tersebut dua kali, denda akan digandakan bahkan didakwa di mahkamah.

Pegawai itu menjelaskan, pihaknya berasa bimbang bahawa ada orang kaya membeli tanah tapi tidak meneroka. Ini akan menjejaskan keselamatan makanan dan pembangunan ekonomi negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China