Cari:
Thailand Banteras Gejala Makan Riba
2017-04-03 15:56:16 CRI Cetak

Kementerian Kewangan dan polis Thailand bertindak bersama-sama untuk membanteras gejala "makan riba" yang kian berleluasa di negara itu.

Polis telah memeriksa beberapa lokasi untuk mencari dan menangkap pemakan riba yang haram.

Ada seorang pemakan riba wanita yang sudah melakukan kegiatan ini selama 8 tahun. Wanita yang berumur 32 tahun itu hanya ada THB90 ribu (RM11.6 ribu) ketika kali pertama makan riba. Namun kini wanita berkenaan memiliki lebih THB100 juta (RM12.9 juta).

"Rang Undang-undang Melarang Mengambil Kadar Faedah Lebihan Daripada Piawaian" telah diperkenalkan oleh kerajaan Thailand pada Januari tahun ini untuk membanteras kegiatan "makan riba". Penjenayah berkenaan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau didenda THB200 ribu. Pegawai kerajaan akan dikenakan hukuman lebih berat jika didapati bersalah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China