Cari:
Jalan Yang Paling Lebar di Kemboja Dirasmikan
2017-04-04 12:50:08 CRI Cetak

Jalan raya yang paling lebar di Kemboja, iaitu Jalan Hun Sen dirasmikan semalam. Modal untuk pembinaan jalan tersebut berjumlah USD76 juta (RM336 juta).

Jalan Hun Sen sepanjang 9,160 meter dan selebar 60 meter, ia dapat mengurangkan kesesakan di jalan negara No.2 dan juga merupakan laluan penting di kawasan selatan bandar Phnom Penh yang menyambungkan jalan No.271 dan jalan negara No.2.

Dalam upacara perasmian jalan tersebut, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mahu Kementerian Pertahanan mengkaji pendaratan kapal terbang di jalan ini pada waktu cemas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China