Cari:
Rang Perlembagaan Baharu Thailand Berkuatkuasa 6 April
2017-04-05 13:29:19 CRI Cetak

Jabatan Hal Ehwal Istana Thailand mengeluarkan kenyatakan yang menyebut, Raja Maha Vajiralongkorn akan menandatangani rang Perlembagaan baharu esok. Dengan itu, rang tersebut akan menjadi Perlembagaan ke-20 negara itu.

Rang Perlembagaan tersebut diluluskan dalam pungutan suara kebangsaan pada 7 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, baginda menuntut kerajaan Prayut Chan-o-cha mengadakan pemindaan terhadap fasa mengenai kuasa raja pada 10 Januari lalu.

Parlimen memulakan proses pemindaan 3 hari kemudian.

Berdasarkan Peta Garisan Politik yang dijanjikan oleh kerajaan Prayut, setelah Perlembagaan baharu berkuatkuasa, Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada penghujung tahun ini, iaitu pilihan raya pertama setelah rampasan kuasa pada tahun 2014.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China