Cari:
IRONMAN 70.3 akan Diadakan di Da Nang Vietnam
2017-04-05 11:46:47 CRI Cetak

Kira-kira 1,300 atlet dari 55 buah negara dan kawasan akan menyertai triathlon, atau IRONMAN 70.3 2017 di bandar Da Nang, Vietnam pada 7 Mei nanti.

Menurut peraturan berkenaan, perlumbaan termasuk berenang 1.9 km, berbasikal 90 km dan berlari 21.1 km. Jarak keseluruhan 70.3 km.

Perlumbaan ini juga peluang untuk merebut kelayakan untuk Kejohanan IRONMAN 70.3 Dunia yang akan diadakan di Amerika Syarikat (AS).

Pihak penganjur berharap perlumbaan ini dapat menyumbang keuntungan sebanyak USD10 juta kepada industri pelancongan sukan negara itu tahun ini. Ini juga kali ketiga Da Nang menjadi tuan rumah bagi acara sukan ini setelah 2015 dan 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China