Cari:
China, Vietnam Tingkatkan Kerjasama Pelancongan
2017-04-06 11:41:42 CRI Cetak

Menurut data yang diumumkan Jabatan Pelancongan Vietnam semalam, pelancong dari Tanah Besar China ke negara itu pada Mac lalu berjumlah 300 ribu orang, meningkat 39.2% berbanding masa yang sama tahun lalu. China sudah beberapa tahun kekal sumber pelancong terbesar bagi pasaran pelancongan Vietnam.

Jabatan Pelancongan Vietnam memberitahu pihaknya amat mementingkan kerjasama pelancongan dengan China dan mengalu-alukan kedatangan pelancong China ke negara itu. Pihaknya berharap pertukaran dan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara dapat terus ditingkatkan melalui peningkatan kerjasama pelancongan, sehingga memberi sumbangan kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Kaunselor Kebudayaan Kedutaan Besar China di Vietnam, Peng Shituan menyatakan, prospek kerjasama pelancongan China-Vietnam amat cerah. Sebagai dua negara yang terlibat dengan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), China dan Vietnam mementingkan kesalinghubungan, dan China berharap pihak Vietnam dapat memberi lebih banyak kemudahan seperti visa dan kelulusan kastam. Beliau juga berharap pihak Vietnam dapat menjamin hak dan kepentingan pelancong China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China