Cari:
Filipina Seru Galakkan Integrasi Ekonomi ASEAN
2017-04-07 14:38:06 CRI Cetak

Negara-negara ASEAN patut terus mengintensifkan integrasi ekonomi dan harus menggalakkan perkembangan e-dagang, pembinaan infrastruktur, dan pemudahan perdagangan serta memperluas pasaran penggunaan. Demikian seruan yang diluahkan oleh Menteri Kewangan Filipina, Carlos Dominguez III ketika berucap dalam Seminar Menteri Kewangan ASEAN (AFMIS) ke-12 semalam.

Menurut beliau, pelbagai negara ASEAN berharap dapat membangunkan sebuah entiti ekonomi yang benar-benar dinamik. Ekonomi serantau mendapat faedah dari kerjasama perdagangan dan integrasi ekonomi dalaman. Pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN pula menggalakkan perdagangan dan pelaburan serantau, di samping menjayakan rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan pelbagai negara lain.

ASEAN berharap dapat memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi global pada masa depan.

Beliau juga menyeru pelabur global memberi tumpuan kepada ASEAN dan menambah pelaburan di rantau ini.

Menurutnya, ASEAN sedang berusaha menjayakan Komuniti Ekonomi ASEAN, ini memerlukan pelaburan yang besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China