Cari:
Brunei Usir 4 Suspek IS Warga Indonesia
2017-04-08 14:32:02 CRI Cetak

Menurut laporan media tempatan Brunei Darussalam hari ini, empat warga Indonesia telah ditahan dan diusir keluar dari negara itu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan ekstremis Negara Islam (IS).

Sebuah kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Brunei menunjukkan bahawa empat orang tersebut ditangkap dalam operasi keselamatan yang dijalankan bersama oleh jabatannya dengan badan perisikan dan pihak penguatkuasaan negara itu pada Februari lalu.

Dua daripada mereka membawa bahan propraganda berkaitan IS. Keempat-empat suspek itu mengaku pernah muat turun dan menyebarkan video IS di laman web.

Kenyataan tersebut juga mengingatkan kerajaan dan rakyat supaya berwaspada terhadap fahaman ekstremisme dan keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China