Cari:
Upacara Pelancaran Buku "Xi Jinping: Pentadbiran China" Edisi Bahasa Thai
2017-04-09 14:26:27 CRI Cetak

Upacara pelancaran buku "Xi Jinping: Pentadbiran China" edisi bahasa Thai diadakan di bangunan Parlimen Thailand di Bangkok Jumaat lalu.

Upacara itu dianjurkan berama oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China, Kumpulan Penerbitan Antarabangsa China (CIPG), dan Kedutaan Besar China ke Thailand. Kira-kira 300 orang menghadiri upacara itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Negara China, Jiang Jianguo ketika menyampaikan ucapan menyatakan bahawa China dan Thailand ialah negara membangunan yang penting di Asia. Diharap buku ini dapat menggalakkan China dan Thailand saling mempelajari dan berkongsi pengalaman supaya memberikan manfaat kepara rakyat kedua-dua negara ini bahkan dunia.

Naib Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan pula berkata, Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha telah mempromosi buku ini semasa mesyuarat kabinet. Buku ini amat signifikan bagi Thailand yang turut akan melaksanakan pembaharuan.

Buku "Xi Jinping: Pentadbiran China" merupakan koleksi daripada 79 ucapan, rundingan, syarahan, soal jawab, arahan bertulis, dan surat tahniah Presiden Xi Jinping dari November tahun 2012 hingga Jun tahun 2014. Buku ini telah diterbitkan 6.2 juta naskah dalam 16 jenis bahasa kepada seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China