Cari:
Lawatan Sambil Belajar ke Beijing
2017-04-10 12:21:43 CRI Cetak
Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Beijing, China mengadakan majlis promosi program lawatan sambil belajar ke Beijing bagi 2017 di Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.

Selain memperkenalkan kelebihan Beijing dalam menganjurkan program lawatan sambil belajar, aktiviti tersebut turut mempamerkan produk pelancongan istimewa Beijing kepada kedua-dua negara termasuk warisan dunia, perubatan tradisional Cina, kebudayaan dan acara sukan.

Sebagai pusat kebudayaan, sains dan pendidikan China, Beijing mempunyai 91 buah universiti, 1,630 buah sekolah menengah dan rendah, 171 buah muzium awam dan lebih 450 buah muzium swasta, yang menyediakan sumber berharga untuk program lawatan sambil belajar. Program tersebut menarik minat pengusaha pelancongan Malaysia dan Indonesia.

Dimaklumkan, Beijing akan terus meneroka sumber berkenaan untuk menyediakan suasana lawatan sambil belajar yang baik kepada peminat pelancongan dan golongan belia dari kedua-dua negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China