Cari:
4 Maut Tanah Runtuh di Indonesia
2017-04-12 15:47:14 CRI Cetak

Agensi Pengurusan Bencana Indonesia semalam mengesahkan bahawa angka korban akibat kejadian tanah runtuh di Ponorogo, Jawa Timur pada 1 April lalu meningkat kepada 4 orang, manakala 24 orang lagi masih hilang. Di samping itu, kerja mencari dan menyelamat (SAR) telah selesai.

Jurucakap agensi tersebut, Sutopo Purno Nugroho menyatakan bahawa kerumitan rupa bumi di lokasi kejadian dan runtuhan susulan menyukarkan operasi SAR sehingga menyebabkan operasi tersebut terpaksa dihentikan.

Katanya, lebih 300 penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat susulan kejadian tersebut.

Kerajaan tempatan mengingatkan penduduk kekal berwas-was terhadap kemungkinan berlaku lagi tanah runtuh ekoran hujan lebat yang diramalkan akan berterusan hingga awal bulan depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China