Cari:
Ekonomi Vietnam Dijangka Meningkat 6.3% pada 2017
2017-04-14 11:30:28 CRI Cetak

Pertumbuhan ekonomi Vietnam dijangka mencatat 6.3% pada tahun 2017. Manakala, kadar inflasi pula diunjurkan kekal pada kira-kira 4% dalam tahun 2017 hingga 2019.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia semalam, prospek ekonomi Vietnam kelihatan agak cerah bagi jangka sederhana, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh dan industri pembuatan berorientasikan eksport.

Walau bagaimanapun, laporan itu juga menyebut bahawa ekonomi Vietnam tetap berdepan risiko kemerosotan bagi jangka panjang. Jika dilihat daripada keadaan dalam negeri, risikonya adalah disebabkan pembaharuan struktur ekonomi dan kewangan yang terus tertangguh. Dilihat daripada faktor luaran pula, ketidaktentuan ekonomi global dijangka akan menjejaskan sumbangan perdagangan dan pelaburan kepada pertumbuhan ekonomi Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China