Cari:
Pameran Kebudayaan CAEXPO 2017 di Guangxi
2017-04-14 13:50:10 CRI Cetak

Pameran Kebudayaan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2017 diadakan di Nanning, Guangxi China pada 13 hingga 16 April ini. Pameran tersebut menarik penyertaan lebih 90 buah syarikat dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Laos dan Thailand.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Guangxi, Huang Yu berkata, dalam pameran kali ini, ruang pemeran yang khusus telah ditawarkan bagi mempamerkan produk kebudayaan yang istimewa dari pelbagai negara ASEAN dan negara-negara di sepanjang "Jalur dan Laluan".

Antara produk-produk yang dipamerkan termasuk produk kebudayaan kreatif, warisan budaya bukan benda, karya filem dan drama TV, kraftangan, dan lain-lain.

Dimaklumkan, Guangxi sedang mengintensifkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam bidang penerbitan karya filem dan drama TV serta penyiaran radio, bagi merancakkan interaksi sisobudaya antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, program TV "Teater China" yang dihasilkan bersama China, Kemboja dan Laos telah berjaya disiarkan, dan mendapat sambutan yang baik daripada penonton di negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China