Cari:
Tren Buatan China Bantu Majukan Pengangkutan Awam Malaysia
2017-04-16 15:15:06 CRI Cetak

Kontrak pembelian tren buatan China akan membantu menyempurnakan perkhidmatan pengangkutan awam di Malayasia. Malaysia dijangka akan membeli lebih banyak tren buatan China pada masa akan datang.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.

Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengunjungi Syarikat Lokomotif Zhuzhou CRRC China, dan menyaksikan penandatanganan kontrak pembelian 22 buah tren buatan syarikat itu yang bernilai RM800 juta baru-baru ini.

Kontrak itu melibatkan penjualan 13 tren hibrid dan 9 tren laju kepada Malaysia. Sebahagian tren daripadanya akan dibina di Malaysia.

Kata beliau, tren buatan China mempunyai kualiti yang baik, dengan kos penyelenggaraan yang rendah. Selain itu, CRRC telah menubuhkan kilang mereka di Ipoh. Usaha ini bakal menerajui perkembangan industri berkenaan, di samping menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Tambah beliau, Malaysia juga mengalu-alukan syarikat China mengeluarkan tender untuk projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China