Cari:
Pusat Kebudayaan China Bakal Ditubuhkan di Malaysia
2017-04-16 14:22:13 CRI Cetak

Pusat Kebudayaan China bakal dirasmikan di Malaysia pada tahun ini, sebagai wadah baharu untuk merancakkan pertukaran sosiobudaya kedua-dua negara.

Ketua Pengarah Jabatan kebudayaan, Kedutaan Besar China di Malaysia, Zhang Jiexin berkata, pihaknya telah menetapkan lokasi untuk penubuhan pusat berkenaan selepas selesai membuat tinjauan awal. Pusat Kebudayaan China di Malaysia akan dilengkapi dengan kemudahan yang sempurna dan moden.

Kata beliau, pertukaran kebudayaan antara China dan Malaysia amat dinamik, baik di peringkat kerajaan mahupun di kalangan rakyat. Di samping itu, kerjasama perdagangan dalam industri kebudayaan antara kedua-dua negara ini juga semakin erat.  

Dimaklumkan, Pusat Kebudayaan China di Malaysia akan berfokus kepada lima usaha utama iaitu memperkenalkan China, merancakkan interaksi pemikiran, mempamerkan kebudayaan, menawarkan kursus latihan dan menyediakan perkhidmatan maklumat. Kursus bahasa Mandarin serta perpustakaan yang bakal ditawarkan di pusat tersebut akan memudahkan rakyat Malaysia untuk menghayati kebudayaan China dengan lebih dekat.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China