Cari:
Filipina dan AS Bakal Lancar Latihan Ketenteraan Bersama
2017-04-17 13:39:31 CRI Cetak

Pihak tentera Filipina mengumumkan semalam bahawa pihaknya akan bersama Amerika Syrikat (AS) melancarkan latihan ketenteraan "bahu-membahu" tahun 2017 yang berlangsung selama 10 hari di wilayah Filipina.

Latihan itu memfokuskan usaha memerangi keganasan, operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam bencana serta bantuan kemanusiaan, namun latihan menembak tidak akan dilaksanakan.

Menurut media Filipina, anggota tentera AS yang menyertai latihan tersebut dijangka tiba di Filipina pada bulan ini, walaupun latihan akan dimulakan pada bulan Mei.

Menurut Datuk bandar Ormoc, Arely Gómez, lokasi latihan tersebut terletak di kawasan Eastern Visayas, kawasan tengah Filipina.

Antara aktiviti yang akan disertai oleh tentera Filipina dan AS di bandar itu termasuklah menjalankan rawatan terhadap penduduk tempatan, menderma buku, membina dan membaik pulih bangunan sekolah dan hospital.

Latihan bersama yang bakal diadakan pada bulan Mei itu merupakan latihan ketenteraan "bahu-membahu" yang pertama dilancarkan sejak Rodrigo Duterte menyandang jawatan Presiden Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China