Cari:
Filipina Beri Ganjaran Tangkap 6 Militan Abu Sayyaf
2017-04-20 14:48:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Filipina memberi ganjaran untuk menangkap atau menembak mati 6 orang militan Abu Sayyaf yang berniat melancarkan serangan ganas di Pulau Bohol.

Ganjaran berkenaan adalah PHP1 juta (RM88,262) untuk setipa orang.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengumumkan demikian pada 19 April lalu.

Sekumpulan militan Abu Sayyaf menaiki bot mendarat Pulau Bohol, destinasi pelancongan terkenal di tengah Filipina untuk melakukan aktiviti keganasan pada 11 April lalu, namun kelakuan mereka didapati oleh penduduk tempatan dan segera dilaporkan kepada pihak polis.

Kemudian, kedua-dua pihak mengadakan pertempuran dan mengakibatkan enam militan ditembak mati, tiga anggota tentera kerajaan dan seorang lagi polis terkorban dalam pertempuran tersebut.

Enam lagi militan Abu Sayaaf melarikan diri dari pulau ini selepas pertempuran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China