Cari:
Xu Qiliang Ditemui Menteri Pertahanan Malaysia
2017-04-21 16:09:41 CRI Cetak

Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xu Qiliang ditemui Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Beijing semalam.

Xu Qilang berkata, pertukaran lawatan muhibah di kalangan rakyat China-Malaysia telah bersejarah lama.

Kedua-dua negara telah menjalinkan perkongsian strategik komprehensif, dan meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik, di samping hubungan ekonomi yang kian erat.

China bersedia untuk meningkatkan tahap kerjasama dan komunikasi dalam pelbagai bidang dengan Malaysia dan mendorong hubungan ketenteraan kedua-dua negara berkembang dengan sihat dan stabil.

Hishammuddin Hussein pula berkata, Malaysia amat mementingkan hubungan tentera kedua-dua negara dan bersedia untuk meningkatkan hubungan tersebut ke tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China