Cari:
China, ASEAN Intensifkan Kerjasama Ekonomi Pelancongan Serantau
2017-04-21 14:25:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Pegawai Perhubungan bagi Sidang Kemuncak Komersial dan Pelaburan China-ASEAN ke-14 telah diadakan di bandar Nanning, wilayah autonomi Guangxi pada 20 April lalu.

Pegawai-pegawai dari China dan sepuluh negara anggota ASEAN mengadakan perbincangan berhubung dengan tema mesyuarat kali ini, iaitu "pembinaan bersama Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, pelancongan menjana integrasi ekonomi serantau".

Chen Zhou, Naib Pengerusi Dewan Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dalam mesyuarat kali ini menyatakan bahawa, China telah muncul sebagai negara sumber pelancong terbesar bagi pasaran pelancongan ASEAN pada ketika ini.

China dan ASEAN masing-masing merupakan destinasi pelancongan utama antara satu sama lain.

Kemajuan yang dicapai dalam sektor pelancongan dipercayai dapat membantu meningkatkan pertukaran dalam kalangan rakyat, sekali gus menggerakkan pembangunan integrasi ekonomi serantau.

Tambah beliau, China dan ASEAN akan mengintensifkan kerjasama pelancongan dua hala melalui pelaksanaan pelbagai langkah bersempena dengan tahun kerjasama pelancongan China-ASEAN yang ditetapkan pada tahun ini.

Jumlah pelancong China ke negara asing dijangka akan mencecah 700 juta orang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China