Cari:
Inisiatif B&R Amat Bermakna Bagi Pembangunan Kemboja
2017-04-24 10:59:18 CRI Cetak

Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang dikemukakan oleh Presiden China Xi Jinping bermakna penting bagi pembangunan Kemboja.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Namhong di Phnom Penh baru-baru ini.

Menurut beliau, lawatan rasmi Presiden Xi ke Kemboja pada Oktober tahun 2016 terus mempererat persahabatan tradisional dan menggalakkan kerjasama kedua-dua negara Kemboja dan China. Dalam rangka lawatan tersebut, Kemboja dan China telah menandatangani 31 dokumen kerjasama, termasuk Memorandum Persefahaman Penyusunan Pelan Garisan Bersama-sama Menggalakkan Kerjasama B&R.

Hor Namhong berpendapat, inisiatif B&R akan memainkan peranan membimbing perkembangan hubungan Kemboja-China, malah hubungan China dengan negara-negara Eropah dan Afrika.

Beliua berkata, inisiatif tersebut bukan hanya menyambungkan pelbagai negara Asia termasuk Kemboja, bahkan juga akan mewujudkan kesalinghubungan pelbagai negara Eropah dan Afrika dalam bidang infrastruktur, pertukaran lawatan dan sisiobudaya serta terus menggalakkan pembangunan ekonomi pelbagai negara dan kawasan yang terlibat dengan inisiatif ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China