Cari:
Thailand Tahan 78 Pemandu Pelancong Asing Haram
2017-04-25 11:28:53 CRI Cetak

Pihak polis dan tentera Thailand menahan 138 orang pemandu pelancong haram, antaranya 78 warga asing, dalam serbuan terhadap sebuah hotel di daerah Wangtonglang, Bangkok Ahad lalu.

Warga asing itu adalah dari Tanah Besar China, Taiwan, Malaysia, Kemboja, Laos, Myanmar dan Korea Selatan.

Pihak polis memaklumkan, mereka yang ditahan itu sedang mengikuti latihan pemandu pelancong dan penjualan di sebuah bilik mesyuarat dalam hotel itu. Sejumlah bantal getah, kopi dan kosmetik yang tanpa permit turut dirampas.

Kebanyakan warga asing yang menerima latihan haram tersebut memegang visa pelancongan atau pelajaran. Berdasarkan undang-undang Thailand, orang asing tidak boleh bekerja sebagai pemandu pelancong di negara itu.

Kini sebahagian warga asing yang visanya telah tamat tempoh telah diserahkan kepada jabatan imigresen. Yang lain telah dibebaskan setelah pendaftaran identiti. Bagaimanapun, mereka dilarang meninggalkan Thailand sebelum penyiasatan berakhir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China