Cari:
Persahabatan dan Kerjasama China-Filipina Diutamakan
2017-04-27 14:52:12 CRI Cetak
China berharap semua pihak yang terlibat dapat memberi sumbangan untuk persahabatan dan kerjasama yang saling menguntungkan antara China dengan Filipina.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing semalam.

Menurut laporan media Filipina Selasa lalu, mantan Presiden negara itu, Fidel Ramos menyatakan bahawa Filipina dapat melaksanakan "perang ekonomi" yang berskala kecil dengan China sebagai tindak balas terhadap tindakan China di Laut China Selatan.

Sehubung dengan hal itu, Geng Shuang mengulas, sejak hubungan China-Filipina pulih ke arah baik pada tahun lalu, kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang terus mencapai kemajuan, dan memberikan manfaat yang sebenar kepada rakyat kedua-dua negara.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian Filipina, Ramon Lopez baru-baru ini menyatakan, Filipina mendapat manfaat daripada kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China. Ini patut diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa.

Beliau menambah, memelihara hubungan persahabatan, mengendalikan perselisihan, dan mewujudkan pembangunan bersama merupakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China