Cari:
Mesyuarat Ke-4 Jawatankuasa Penyelarasan Antara Kerajaan China-Kemboja Diadakan di Phnom Penh
2017-04-28 15:25:46 CRI Cetak

Mesyuarat ke-4 Jawatankuasa Penyelarasan Antara Kerajaan China-Kemboja diadakan di Phnom Penh semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Naib Perdana Menteri Kemboja, Hor Namhong.

Kedua-dua pihak berpendapat bahawa hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif China-Kemboja telah mencapai kemajuan yang baharu melalui usaha bersama kedua-dua negara. Selain itu, kedua-dua pihak juga mengekalkan penyelarasan dan kerjasama yang rapat dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau. Hubungan China-Kemboja ini telah membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak juga telah bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama. China dan Kemboja bersetuju akan terus meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam rangka pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan China-ASEAN.

Selain itu, kedua-dua pihak bersepakat bahawa isu Laut China Selatan bukan isu antara China dengan ASEAN. Isu ini perlu diselesaikan antara negara-negara yang terlibat langsung melalui dialog dan rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China