Cari:
AMM Seru Pelbagai Pihak Bersabar
2017-04-29 14:48:34 CRI Cetak

Negara-negara ASEAN memberi perhatian tinggi terhadap situasi yang semakin tegang di Semenanjung Korea pada masa ini dan pengaruh unsur yang tidak menentu terhadap rantau ini bahkan luar rantau ini.

Demikian kandungan dalam Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) yang dikeluarkan di Manila semalam.

Menurut kenyataan tersebut, ASEAN menggesa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkenaan secara menyeluruh, mematuhi undang-undang antarabangsa, dan memelihara keamanan dan kestabilan masyarakat antarabangsa.

ASEAN juga menyeru pelbagia pihak yang terbabit supaya bersabar, meredakan situasi serantau yang tegang, dan jangan mengambil tindakan yang meruncingkan lagi situasi semasa.

Kenyatan tersebut juga menyokong Semenanjung Korea bebas daripada nuklear, dan menyeru pelbagai pihak memulihkan dialog.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China