Cari:
B&R Intensifkan Hubungan Laos-China
2017-04-29 14:58:43 CRI Cetak

Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) memainkan peranan penting dalam mengintensifkan perkembangan hubungan persahabatan antara Laos dengan China, selain membantu kedua-dua negara ini mencapai hasil cemerlang dalam pelaburan, perdagangan perkilangan, kewangan, budaya, pembinana kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Demikian dinyatakan oleh ahli Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) yang juga Menteri Sumber dan perlombongan Laos, Khemmany Inthilath Jumaat lalu.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-56 terjalinnya hubungan diplomatik Laos-China. Inthilath yang juga Pengerusi Persatuan Persahabatan Laos-China, menyanjung tinggi hubungan antara kedua-dua negara ini.

Menurutnya, Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R akan diadakan di Beijing pada Mei nanti. Pemimpin Laos akan menghadiri forum kemuncak tersebut. Beliau melahirkan harapan agar konsep dan prinsip B&R digunakan dalam pelbagai bidang supaya memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China