Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 Berakhir di Manila
2017-04-30 14:23:38 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 yang berlangsung selama 4 hari telah berakhir di Manila, ibu kota Filipina semalam.

Pemimpin 10 buah negara anggota ASEAN telah mengadakan mesyuarat tertutup, bertukar-tukar pandangan tentang prospek integrasi ASEAN dan topik-topik berkaitan keamanan dan kestabilan serantau.

Presiden Filipina, iaitu negara pengerusi bergilir ASEAN, Rodrigo Duterte dalam ucapan semalam berkata, "kami menegaskan sekali lagi bahawa ASEAN akan membawa inovasi positif kepada rakyat rantau ini. Visi dan misi ASEAN adalah memelihara dan mendorong kepentingan rakyat rantau ini supaya menikmati kemakmuran bersama-sama."

 

Beliau juga menegaskan bahawa dalam proses integrasi ASEAN, pelbagai negara tetap perlu saling menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan dan keutuhan wilayah. Menurut beliau, hubungan dialog yang terjalin berdasarkan prinsip saling menghormati, saling menguntungkan dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negeri lain, akan membawa hasil yang lebih berkesan dan membina kepada pelbagai pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China