Cari:
Prayuth Diundang Lawat AS
2017-05-02 11:36:51 CRI Cetak

Thailand akan mengekalkan komunikasi yang rapat dengan Amerika Syarikat (AS), dan merancang lawatan Perdana Menteri, Prayuth chan-ocha ke AS pada masa yang sesuai.

Demikian dinyatakan oleh naib jurucakap Pejabat Perdana Menteri Thailand dalam sidang media semalam.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth chan-ocha telah mengadakan perbincangan dengan Presiden AS, Donald Trump menerusi telefon baru-baru ini. Pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pendapat tentang situasi keselamatan rantau Asia, khususnya isu Semenanjung Korea.

Donald Trump turut mengeluarkan undangan kepada Prayuth untuk melawat AS.

Prayuth pula melahirkan harapan supaya kerjasama ekonomi dan perdagangan Thailand-AS terus mengekalkan momentum perkembangan yang baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China