Cari:
Jokowi Lawat Hong Kong, China
2017-05-02 14:17:52 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengadakan lawatan selama dua hari ke Hong Kong, China bermula 30 April lalu.

Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun Ying pada 1 Mei lalu.

Leung dalam pertemuan itu menyatakan kesediaan Hong Kong untuk mengintensifkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan pelbagai rakan dagang yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), termasuk Indonesia.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Indonesia yang membantu menubuhkan pejabat perwakilan ekonomi dan perdagangan Hong Kong di Jakarta.

Pada hari yang sama, Leung dan Jokowi telah bersama-sama menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman kerjasama kebudayaan dan kenyataan bersama mengenai kerjasama buruh kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China