Cari:
Rundingan Draf CoC Dijangka Selesai Bulan Depan
2017-05-03 15:45:16 CRI Cetak

China dan negara-negara ASEAN dijangka akan menyelesaikan rundingan berhubung dengan draf Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) pada setengah tahun pertama tahun ini, seperti yang dijadualkan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam, selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 berakhir di Manila, Filipina baru-baru ini.

Geng berkata, melalui usaha bersama negara-negara serantau, situasi di Laut China Selatan bukan sahaja berada dalam keadaan aman, malah menunjukkan trend perkembangan yang positif.

China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan negara ASEAN melaksanakan sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC), meningkatkan kerjasama maritim, memuktamadkan CoC seawal mungkin dan bergabung tenaga dalam memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China