Cari:
Pakar Myanmar: Inisiatif "Jalur dan Laluan" yang Bijak
2017-05-03 15:48:39 CRI Cetak

Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 Mei ini.

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi akan menghadiri forum itu.

Ketua Setiausaha Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa Myanmar, U Khin Maung Lynn semasa diwawancara oleh wartawan berkata, inisiatif B&R merupakan saranan yang bijak. Kerjasama pasti membawa manfaat, manakala sebaliknya hanya membawa kerugian.

Menurut beliau, Myanmar berada di kawasan B&R dan penyertaan dalam inisiatif itu dapat meningkatkan kerjasama dengan negara lain serta peluang untuk mengembangkan perdagangan, pelaburan, pembinaan infrastuktur, dan lain-lain.

Menyentuh tentang kerjasama Myanmar-China, U Khin Maung Lynn pula berpendapat bahawa kerjasama kedua-dua negara dalam pembinaan infrastuktur adalah antara projek yang paling awal membuahkan hasil.

Pihak-pihak terlibat perlu meningkatkan sinergi untuk menjayakan pelbagai projek penting dalam rangka inisiatif B&R, seperti projek saluran paip gas dan minyak China-Myanmar dan koridor ekonomi Bangladesh-China-India-Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China