Cari:
Xi Jinping Hubungi Presiden Filipina
2017-05-04 11:57:31 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte menerusi telefon semalam untuk membincangkan hubungan bilateral dan kerjasama serantau.

Xi Jinping berkata, persetujuan untuk memulihkan dan mengembangkan hubungan China-Filipina telah dicapai hasil pertemuan beliau dengan Duterte pada tahun lalu.

Pada ketika ini, rasa saling mempercayai dalam politik antara China dengan Filipina kian meningkat dan kerjasama dalam pelbagai bidang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Selain itu, saluran untuk mengadakan rundingan dan dialog mengenai isu Laut China Selatan juga telah diwujudkan.

Hal tersebut bersesuaian dengan kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara serta mendapat pujian daripada negara jiran dan masyarakat antarabangsa.

Tegas Xi Jinping, China menyanjung tinggi peranan Filipina sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN dalam usaha menggalakkan kerjasama Asia Timur.

Xi turut mengalu-alukan kehadiran Duterte dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang akan diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 Mei ini.

Rodrigo Duterte pula berkata, Filipina bersedia untuk bersama-sama dengan China memelihara momentum perkembangan hubungan dua hala yang baik, di samping meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China