Cari:
ASEAN Digesa Tingkatkan Tekanan terhadap DPRK
2017-05-05 14:56:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson menggesa negara-negara anggota ASEAN meningkatkan tekanan terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dalam bidang ekonomi dan diplomatik.

Gesaan itu dibuat ketika beliau mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri luar sepuluh negara anggota ASEAN di Washington pada 4 Mei lalu.

Pada hari yang sama, Timbalan Penolong Setiausaha Negara AS, Patrick Murphy pula berkata, Tillerson dalam pertemuan kali ini mendesak negara-negara anggota ASEAN menyekat sumber pendapatan DPRK di rantau Asia Tenggara, selain mengurangkan hubungan diplomatik dengan negara itu.

Tillerson berharap negara-negara anggota ASEAN dapat berpegang teguh pada pendirian konsisten dalam isu Semenanjung Korea, di samping mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melaksanakan resolusi yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung dengan isu berkenaan.

Tegas beliau lagi, AS amat mementingkan hubungan dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China