Cari:
Filipina Digegar Dua Letupan Bom
2017-05-07 14:02:30 CRI Cetak

Dua letupan bom berlaku di Manila, Filipina semalam yang mengakibatkan dua orang maut dan lima lagi cedera termasuk seorang anggota polis.

Menurut pihak polis, letupan pertama pada kira-kira pukul 5.50 petang berhampiran Gereja Quiapo, iaitu gereja yang terbesar di Manila. Letupan itu mengorbankan dua orang dan mencederakan empat lagi.

Letupan kedua berlaku di kawasan sama selang kira-kira tiga jam, yang menyebabkan seorang anggota polis cedera.

Quiapo merupakan antara kawasan paling tua di Manila yang didiami banyak penduduk miskin.

Menurut polis, dua letupan bom ini dipercayai berpunca daripada konflik antara kongsi gelap.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China