Cari:
Pewaris "Red Bull" Hilang Sebelum Hadir di Mahkamah
2017-05-08 15:55:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Vorayuth Yoovidhya, cucu lelaki kepada pengasas kumpulan Red Bull Thailand, Chaleo Yoovidhya dilaporkan hilang dengan tiba-tiba dua hari sebelum tarikh perbicaraan di mahkamah kerana disyaki terlibat dalam kes rempuhan maut pejalan kaki dan langgar lari yang berlaku pada tahun 2012.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand berkata, pasport Vorayuth telah dibatalkan oleh kementeriannya.

Namun kementerian berkenaan enggan mendedahkan sama ada Vorayuth memegang pasport negara lain atau tidak.

Dilaporkan, Vorayuth telah berlepas dari Thailand ke Singapura pada 25 April lalu, dan sekali lagi melarikan diri ke negara lain dengan meninggalkan pesawat peribadinya di Singapura pada 27 April lalu.

Pihak polis juga masih gagal mengesan lokasi beliau pada ketika ini.

Menurut undang-undang Thailand, Vorayuth mungkin akan dijatuhi hukuman penjara sepuluh tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China