Cari:
200 Banduan Masih Bebas, Penjara Indonesia Susun Semula
2017-05-09 11:52:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kira-kira 242 daripada 442 banduan yang melarikan diri dari sebuah penjara di Pekanbaru, provinsi Riau, Indonesia pada 5 Mei lalu telah berjaya ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam penjara tersebut pada 7 Mei lalu.

Namun, terdapat 200 banduan lagi masih bebas pada ketika ini.

Demikian kenyataan pihak polis Indonesia pada hari berkenaan.

Dalam pada itu, kerajaan Indonesia akan melaksanakan penyusunan semula dengan lebih teliti terhadap penjara yang melebihi muatan dan menyalahi undang-undang, di samping terus meningkatkan usaha untuk memburu banduan-banduan yang masih bebas.

Wiranto, Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia berkata, masalah kesesakan banduan di dalam penjara merupakan punca utama kejadian melarikan diri dari penjara kali ini.

Kementeriannya akan membina lebih banyak penjara pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China