Cari:
Latihan Maritim SAR China-ASEAN
2017-05-12 14:23:40 CRI Cetak

Mesyuarat penyelarasan kali pertama untuk melaksanakan latihan maritim bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) China-ASEAN diadakan di Guangzhou, provinsi Guangdong, China pada 10 hingga 12 Mei.

Wakil dan pakar SAR dari China dan negara-negara ASEAN seperti Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand yang menyertai mesyuarat kali ini telah membincangkan agenda, rancangan dan prosedur latihan berkenaan.

Latihan yang bakal diadakan di bandar Zhanjiang, China pada bulan Oktober nanti melibatkan enam bidang, iaitu operasi SAR dari udara dan laut, mencegah kebakaran, meneroka dan mencari di bawah permukaan air laut, menutup lubang kapal, pemindahan mangsa serta bantuan rawatan perubatan.

Latihan itu akan meningkatkan persefahaman dan kepercayaan antara agensi SAR serta kemampuan untuk menangani kes kecemasan di laut antara China dengan pelbagai negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China