Cari:
Ong Ka Chuan: B&R Dorong Kelancaran Perdagangan Malaysia-China
2017-05-15 11:55:44 CRI Cetak

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan ketika mengulas tentang ucaptama yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping dalam upacara perasmian Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) di Beijing semalam menyatakan bahawa inisiatif B&R sama penting bagi China dan Malaysia kerana kedua-dua negara merupakan pasaran yang penting.

Inisiatif tersebut dipercayai pasti akan mendorong kelancaran perdagangan Malaysia-China.

Menurut beliau, B&R akan menyelesaikan beberapa masalah yang masih wujud dalam hubungan perdagangan kedua-dua negara.

Pembinaan zon perdagangan bebas di Malaysia akan membantu menyelesaikan prosedur kelulusan kastam, manakala piawaian pelbagai bidang terutamanya piawaian keselamatan bahan makanan dapat disatukan bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia dan China.

Selain itu, keberkesanan logistik dapat ditingkatkan, di samping mengurangkan kos melalui kesalinghubungan infrastruktur China dengan ASEAN seperti landasan kereta api.

Mengenai eWTP, Datuk Seri Ong Ka Chuan pula berkata, kerajaan Malaysia telah mencapai konsensus dengan kumpulan Alibaba untuk mewujudkan zon perdagangan bebas digital.

Oleh itu, produk yang dibeli oleh pelanggan Malaysia dari dalam negeri melalui e-niaga Alibaba dapat dihantar ke destinasi dalam masa 24 jam, manakala produk dari China pula akan dihantar dalam masa 72 jam.

Selain itu, kerjasama perniagaan digital antara Malaysia dengan China juga akan lebih memudahkan pelancong China ke Malaysia dengan hanya perlu membawa telefon pintar dan pasport sahaja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China