Cari:
B&R Dorong Kepelbagaian Ekonomi Brunei Darussalam
2017-05-15 15:55:58 CRI Cetak

Ketua Pengurus Syarikat Projek Persekutuan Brunei Darussalam memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua China bahawa setelah inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dikemukakan oleh China, syarikat China yang melabur di negara itu kian bertambah, sekali gus mencetuskan kedinamikan kepada pasaran Brunei.

Persekitaran sosioekonomi negara itu telah mengalami perubahan yang besar.

Naib Menteri Kewangan Brunei Darussalam, Dato Dr Amin Liew mengulas bahawa negaranya akan memanfaatkan kelebihan sebagai pusat kawasan timur ASEAN untuk bekerjasama dengan rakan dari China dalam usaha merelisasikan kesalinghubungan serantau.

Ekonomi Brunei Darussalam bergantung kepada eksport gas dan minyak. Berikutan harga petroleum global berada pada tahap yang rendah, maka ekonomi negara itu turut mendapat impak negatif yang besar.

Memandangkan situasi ekonomi global yang rumit, Brunei telah melaksanakan strategi pembangunan "Wawasan 2035" untuk mempelbagaikan pembangunan ekonomi.

Oleh itu, Brunei telah berusaha untuk menarik pelaburan asing, menggalakkan potensi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan meningkatkan pembinaan infrastruktur.

Semua ciri tersebut mempunyai banyak persamaan dengan konsep dan matlamat inisiatif B&R.

Bagi memanfaatkan pembinaan B&R, China dan Brunei kini telah menjalinkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah kewangan, telekomunikasi, logistik, gas dan minyak, pelabuhan, projek jalan dan jambatan, pembinaan taman industri, perkilangan dan pengeluaran rempah, kereta sumber tenaga baharu, makanan halal dan hasil laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China